Skip to content
TrackPodcasts
societyMar 30, 202314:22pending

Salahkah Andai Tidak Bersemangat Dengan Ramadan?

Hasrizal

About this episode

π—¦π—”π—Ÿπ—”π—›π—žπ—”π—› π—”π—‘π——π—”π—œ π—§π—œπ——π—”π—ž π—•π—˜π—₯π—¦π—˜π— π—”π—‘π—šπ—”π—§ π——π—˜π—‘π—šπ—”π—‘ π—₯𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗑 Kita hari ini dikelilingi 'kesempurnaan' dalam beragama, sehingga ketidaksempurnaan tidak mempunyai ruang untuk dibincangkan mengenainya. Agama kita beransur-ansur menjadi tidak manusiawi dan ia memudahkan merebaknya kemunafikan dan penyakit jiwa kesan saling menghentam ketidaksempurnaan itu. Sedangkan kita semua manusia. Seorang anak muda dari Kufah mempersoalkan 'standard' para sahabat yang Huzaifah bin al-Yaman r.a. ungkap tanpa 'wow factor'. "Kalaulah kami berada di tempat kamu, berpeluang berjumpa Nabi ο·Ί , nescaya kami tidak akan biarkan baginda berjalan di tanah (mengotorkan kakinya yang mulia). Kami akan junjung baginda di leher kami!"

Huzaifah r.a. menyantuni semangat anak muda ini dan membuka kisah yang terjadi di dalam perang Khandaq (tonton video ini untuk perincian dan terjemahannya). Para sahabat tidak ada seorang pun yang bangun menyahut tawaran Syurga, tawaran keselamatan, tawaran menjadi sahabat akrab Nabi ο·Ί di Syurga, dek sebab-sebab yang sangat manusiawi. Sehinggalah baginda secara spesifik menyebut nama Huzaifah, lantas beliau tiada pilihan kecuali bangun dan menunaikan perintah berkenaan. Perasaan adalah sebahagian kemanusiaan kita. Al-Quran, al-Sunnah dan Sirah kaya dengan panduan Allah swt untuk kita uruskan kemanusiaan ini. Agama bukan mengikut perasaan, tetapi agama juga tidak menganiaya dan mengkesampingkan perasaan. Dunia ini tidak pernah bermaksud menjadi daerah kegembiraan tanpa kedukaan, kebahagiaan tanpa penderitaan. Daerah yang sempurna hanyalah Dar al-Salam (surah Yunus : 25), yang harus menjadikan kita kekal berada di jalan menujunya, baik jalan advance, jalan intermediate, mahu pun jalan amatur yang penuh kekurangan.

#pedagogiramadan

https://pedagogiramadan.hasrizal.com


Get every episode summarized

Each time Hasrizal publishes, we email you a written briefing from the transcript β€” the topics, who appeared, and any specific claims, with the ad reads skipped.

Email me new episodes

Free for 3 shows. No card needed.

Hosts & guests

No transcript yet

This episode has not been transcribed. Request it and it moves to the front of the queue.

Salahkah Andai Tidak Bersemangat Dengan Ramadan?

Hasrizal

0:00
14:22

More episodes

More from Hasrizal

View all episodes β†’