Skip to content
TrackPodcasts
societyJan 24, 20226:41pending

Politik Ulama dan Ulama Politik

Hasrizal

About this episode

POLITIK ULAMA DAN ULAMA POLITIK Politics of Piety ini merupakan kajian yang sangat mendalam tentang hiruk pikuk politik sesama ulama (komuniti ilmiyye) Dawlah Uthmaniyyah, terutamanya pada abad ke-17. Kajian oleh Madeline Zilfi ini masih belum ada tandingannya dan terus menerus menjadi rujukan pihak yang mahu menyelidik tentang isu-isu yang berlegar di kalangan ulama Dawlah Uthmaniyyah ketika itu, sebagai kelompok yang sangat berpengaruh dalam politik negara. Misalnya, salah seorang tokoh penting dalam gerakan Kadızadeli iaitu Vani Mehmed Efendi. Di satu ketika, beliau telah mencemar reputasinya kerana berceramah membenarkan dirinya minum sedikit arak (khamar) dan mengharamkannya untuk orang ramai. Alasan beliau ialah, larangan al-Quran terhadap arak adalah untuk orang awam memandangkan orang awam mudah tersasar dan berlebih-lebihan. Ada pun golongan yang lebih kuat pegangan agamanya, seperti beliau, mampu menentukan kadar yang perlu sahaja untuk minum tanpa menjadi mabuk. Oleh kerana risiko mabuk itu sangat rendah, maka harus baginya meminum arak (mukasurat 188). Tindakan menyalahgunakan nas di kalangan agamawan ini berlaku dari semasa ke semasa. Ketaksuban kepada golongan ulama, mengkuduskan mereka, menyerang golongan yang mengkritik mereka secara kritis, adalah sikap yang salah serta membelakangkan sejarah. Kebelakangan ini, politik agamawan menjadi kudus. Sebahagian anak muda pula seperti sanggup mati untuk mempertahankan agamawan tarbiah mereka, menyerang sesiapa yang tidak membeli idea kudus itu. Dan dengan rujukan sejarah, kita bukan ahli nujum tetapi boleh menjangkakan ia menuju ke arah mana.

Get every episode summarized

Each time Hasrizal publishes, we email you a written briefing from the transcript — the topics, who appeared, and any specific claims, with the ad reads skipped.

Email me new episodes

Free for 3 shows. No card needed.

Hosts & guests

No transcript yet

This episode has not been transcribed. Request it and it moves to the front of the queue.

Politik Ulama dan Ulama Politik

Hasrizal

0:00
6:41

More episodes

More from Hasrizal

View all episodes →