Skip to content
TrackPodcasts
societyJun 12, 20239:59pending

Islamikkah Hidup Tak Cukup Tidur?

Hasrizal

About this episode

π—œπ—¦π—Ÿπ—”π— π—œπ—žπ—žπ—”π—› π—›π—œπ——π—¨π—£ π—§π—”π—ž π—–π—¨π—žπ—¨π—£ π—§π—œπ——π—¨π—₯?
Allah swt telah jadikan malam dan siang untuk kita tidur dan bekerja. Ia sebahagian daripada rahmat-Nya. Jika tidur itu rahmat Allah, mungkinkah mengabaikan tidur itu suatu keingkaran?
Hari ini, kita secara tidak cermat meromantikkan masalah remaja tidak cukup tidur termasuk yang tinggal di asrama sebagai hebat dan latihan untuk kecekalan hidup. Kita rujuk kepada ilmuan silam yang sikitnya tidur mereka untuk menjustifikasikan ia. Namun, bagaimanakah sebenarnya rutin tidur di dalam Islam? Nabi ο·Ί sendiri, tidur baginda bagaimana?
Hadith-hadith dan catatan sejarah silam tidak merekodkan pukul berapa Muslim di zaman kegemilangannya masuk tidur dan bangun kerana sistem pengukuran dan pengurusan masa yang berlainan. Tetapi, Rasulullah ο·Ί tidak menyukai perbuatan tidur sebelum Isyak, serta bersembang selepas Isyak. Ia menggambarkan amalan masuk tidur awal tidak lama usai mengerjakan solat Isyak. Ia disusuli dengan bangun awal untuk merebut keberkatan β…“ terakhir malam. Jumlah tidur yang sederhana itu, dikemaskan pula dengan amalan qailulah di tengah hari.
Bolehkah pelajar di asrama kita tidur sejurus selepas solat Isyak? Bagaimana dengan 'prep' malam, 'homework' yang tidak pernah selesai, membasuh dan menggosok baju, dan bersembang pula selepas lampu asrama ditutup? Pukul berapa mereka bangun, dan bagaimana pula di asrama yang daripada 10 tandas, hanya 2 yang berfungsi lalu berebut-rebut di kalangan ratusan murid?
Dr Aqtar Mohamed Ummar di Khalifah Model School (Secondary) di dalam risalah sarjana beliau membuat kajian mengenai Tahap Keberkesanan Tidur Petang (Qailulah) Terhadap Pelajar Tahfiz di sekolah kami, bersama tinjauan ke banyak sekolah lain. Dapatan daripada kajian beliau moga boleh menggalakkan pihak sekolah memperbaiki kualiti tidur murid dan tidak sewenang-wenangnya mengambil mudah akan hal ini.
Baca kajian beliau di sini: https://www.academia.edu/48925654/TAHAP_KEBERKESANAN_TIDUR_PETANG_QAYLULAH_TERHADAP_HAFAZAN_PELAJAR_TAHFIZ_DI_KHALIFAH_MODEL_SCHOOL_SECONDARY
Hafazan al-Quran, SPM dan IGCSE adalah tiga program besar yang menuntut kerja keras otak pelajar. Fungsi kognitif adalah mangsa pertama apabila sleep deprive menjadi kronik. Umat Islam adalah umat yang tidur mereka adalah ibadah.
Mengabaikan kepentingan tidur adalah amalan yang tidak islamik, tidak saintifik, hanya nostalgik.
πŸ“Œ
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.
Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.hasrizal.com
Revolut: https://revolut.me/hasrizal

Get every episode summarized

Each time Hasrizal publishes, we email you a written briefing from the transcript β€” the topics, who appeared, and any specific claims, with the ad reads skipped.

Email me new episodes

Free for 3 shows. No card needed.

Hosts & guests

No transcript yet

This episode has not been transcribed. Request it and it moves to the front of the queue.

Islamikkah Hidup Tak Cukup Tidur?

Hasrizal

0:00
9:59

More episodes

More from Hasrizal

View all episodes β†’